KOSMETIK DNARS MAGIC GOLD FOUNDATION DAN YELLOW CREAM (KRIM KU-NENG) TELAH DIKESAN MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL

User Rating: 1 / 5

Star ActiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Date: 21 August 2014

KENYATAAN AKHBAR

PENGGUNA DINASIHATKAN UNTUK MENGELAKKAN DARI MENGGUNA PRODUK KOSMETIK YANG DIKESAN MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL

Orang awam dinasihatkan untuk mengelakkan daripada membeli dan mengguna produk  kosmetik berikut:

 

Bil.

Nama Produk

Nombor Notifikasi

Racun Berjadual Yang Dikesan

Nama Pemegang

Notifikasi

Nama Pengilang

1.

Dnars Magic Gold Foundation

NOT111001084K

Hydroquinone

Seri Mh Ummi Sdn Bhd

Yamni Industry, Malaysia.

2.

Yellow Cream (Krim Ku-Neng)

NOT120101719K

Hydroquinone

Seri Mh Ummi Sdn Bhd

Yamni Industry, Malaysia.

 

Produk-produk kosmetik di atas telah diuji dan dikesan mengandungi racun berjadual hydroquinone, yang tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik. Oleh itu, produk tersebut tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

 

Produk yang mengandungi hydroquinone adalah merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan. Hydroquinone biasanya digunakan untuk tujuan merawat kulit yang mengalami masalah hiperpigmentasi. Penggunaan hydroquinone tanpa mendapat nasihat kepakaran dari profesional kesihatan dikhuatiri boleh menyebabkan kesan yang tidak diingini.

 

Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit, merawat masalah jeragat dan kulit tidak sekata. Hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif. Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

 

Pihak syarikat yang bertanggungjawab ke atas notifikasi produk berkenaan telah diarahkan untuk memberhentikan penjualan/pembekalan dengan serta merta dan memanggilbalik kesemua stok fizikal  produk tersebut daripada pasaran dalam tempoh 72 jam.

 

Sesiapa yang mempunyai stok produk di atas dinasihatkan menghentikan penjualan/ pengedaran/ penggunaan produk tersebut dengan serta-merta. Penjual adalah diingatkan pemilikan produk-produk ini melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.  

 

Pengguna adalah dinasihatkan untuk menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK)  di talian 03-78835532/5533/5537 jika mengalami sebarang kesan sampingan atau kesan buruk akibat daripada penggunaan produk-produk kosmetik.

 

 

DATO’ EISAH BINTI A. RAHMAN

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi

Kementerian Kesihatan Malaysia

 

 

PRESS RELEASE

CONSUMERS CAUTIONED AGAINST USING COSMETIC PRODUCT CONTAINING SCHEDULED POISON

The public is advised to avoid buying and using the following cosmetic product:

 

No.

Product Name

Notification Number

Scheduled Poison Detected

 

Name of Product Notification

Holder

Name of Manufacturer

1.

Dnars Magic Gold Foundation

NOT111001084K

Hydroquinone

Seri Mh Ummi Sdn Bhd

Yamni Industry, Malaysia

2.

Yellow Cream (Krim Ku-Neng)

NOT120101719K

Hydroquinone

Seri Mh Ummi Sdn Bhd

Yamni Industry, Malaysia

 

The cosmetic products above have been tested and found to contain the scheduled poison  hydroquinone ,  which is prohibited in cosmetic products. These products are no longer allowed to be sold in Malaysia.

 

Products containing hydroquinone are classified as pharmaceutical products that require registration with the Drug Control Authority (DCA) and can only be used under the advice of a healthcare professional. Hydroquinone is commonly used for the skin in hyperpigmentation conditions. Unsupervised use of preparations containing hydroquinone and/or tretinoin may cause unwanted side-effects.

 

Cosmetic products adulterated with  hydroquinone are  typically marketed for skin lightening, as well as, to treat blemishes and uneven skin tone.   Hydroquinone can cause skin redness, discomfort, skin discoloration, hypersensitivity and a gradual blue-black darkening of the skin. Hydroquinone inhibits the pigmentation process (depigmentation) which reduces the skin’s ability to be protected from harmful UV rays, thus, increasing the risk of skin cancer.

 

The company responsible for placing the product in the market has been instructed to immediately halt the sale and supply of the product mentioned and remove all physical stocks from the market within 72 hours.

 

Anyone who is in possession of this product is advised to immediately cease selling/distributing/using it. Sellers are reminded that posession of this product  is an offence under the Control Of Drugs and Cosmetics Regulations 1984. Any individual who commits an offence under these Regulations can be fined up to a maximum of RM25,000 or to imprisonment for a term not exceeding 3 years or both, and for a second or subsequent offence he shall be liable on conviction to a fine not exceeding RM50,000 or to imprisonment for a term not exceeding 5 years or to both. A company found guilty can be fined up to RM50,000 for the first offence and fined up to a maximum of RM100,000 for a subsequent offence.

 

Consumers are advised to contact the National Pharmaceutical Control Bureau (NPCB) at 03-78835532/5533/5537 if they experience any allergic reactions or adverse events from use of cosmetic products.

 

 

DATO’ EISAH BINTI A. RAHMAN

Senior Director of Pharmaceutical Services,

Ministry of Health Malaysia.

 

National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA)

Lot 36, Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz), 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

  • Phone: +603-7883 5400

 

 

Image   Image   Image   Image  

DISCLAIMER

The Government of Malaysia and the National Pharmaceutical Regulatory Agency are not responsible for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.

Mobile Web :

Site Last Modified

  • Last Modified: Wednesday 27 March 2024, 22:44:22.
© Copyright 2023 . All Rights Reserved National Pharmaceutical Regulatory Agency NPRA

Search

Main Menu English