Pengumuman: Kaedah Log Masuk Baharu Sistem QUEST3+ – MyTrustID
Dimaklumkan bahawa satu kaedah log masuk baharu bagi Sistem QUEST3+, iaitu MyTrustID, akan dilaksanakan mulai 8 Julai 2026 (Rabu), jam 10.00 pagi.
Kaedah log masuk MyTrustID menyediakan kemudahan akses yang lebih fleksibel kepada pengguna untuk mengakses Sistem QUEST3+ melalui pelayar web berikut:
-
Google Chrome
-
Mozilla Firefox
-
Microsoft Edge
Berbeza dengan kaedah Java Login sedia ada, MyTrustID tidak memerlukan pemasangan aplikasi Java dan tidak terhad kepada penggunaan pelayar Mozilla Firefox sahaja.
Bagi pengguna yang ingin meneruskan penggunaan kaedah Java Login, kaedah tersebut masih boleh digunakan. Walau bagaimanapun, Java Login hanya menyokong penggunaan Mozilla Firefox dan memerlukan pemasangan aplikasi Java yang berkaitan.
Pengguna adalah dinasihatkan untuk merujuk Manual Pengguna MyTrustID bagi panduan pemasangan dan proses log masuk sebelum menggunakan kaedah baharu ini.
Kerjasama dan perhatian pengguna amat dihargai.
-----------------------------------
Announcement: New Login Method for QUEST3+ System – MyTrustID
Please be informed that a new login method for the QUEST3+ System, known as MyTrustID, will be implemented effective 8 July 2026 (Wednesday), 10.00 AM.
The MyTrustID login method provides users with a more flexible and convenient way to access the QUEST3+ System using the following supported web browsers:
-
Google Chrome
-
Mozilla Firefox
-
Microsoft Edge
Unlike the existing Java Login Method, MyTrustID does not require users to install Java and is not limited to Mozilla Firefox only.
For users who wish to continue using the existing Java Login Method, the method will remain available. However, please note that Java Login is only compatible with Mozilla Firefox and requires the relevant Java application to be installed.
Users are advised to refer to the MyTrustID User Manual for installation and login instructions before using the new login method.
Thank you for your cooperation.









