Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA)

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

 

 

OBJEKTIF

1. Mengiktiraf dan menghargai kakitangan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) yang telah mencapai tahap kecemerlangan;

2. Menggalakkan persaingan sihat di kalangan warga kerja NPRA untuk meningkatkan prestasi kerja serta disiplin; dan

3. Sebagai suntikan semangat kepada warga kerja NPRA untuk terus berkhidmat dengan lebih baik sekaligus membantu Jabatan merealisasikan penyampaian Kerajaan yang lebih cemerlang.

 

BENTUK ANUGERAH

Penerima akan dianugerahkan:

1. Sijil Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan yang ditandatangani oleh Pengarah NPRA.

2. Penerima Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan akan dipaparkan pada laman sesawang NPRA dan dihebahkan melalui emel kepada semua kakitangan NPRA.

3. Cenderahati Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan 

 

KAEDAH PEMILIHAN

1. Pencalonan Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan dibuat oleh Ketua Unit dan disyorkan oleh Ketua Seksyen seterusnya disokong oleh Ketua Pusat dan diluluskan oleh Pengarah NPRA melalui Borang Pencalonan.

2. Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan akan dibuat setiap tiga (3) bulan bermula pada bulan Mac 2022.

3. Kuota bilangan penerima anugerah bagi setiap sesi adalah empat (4) orang penerima iaitu satu (1) penerima daripada setiap pusat.

 

SYARAT PEMILIHAN / KRITERIA PEMILIHAN

1. Pegawai yang tercalon mestilah mempunyai rekod kehadiran yang baik iaitu tanpa kehadiran lewat bagi tempoh tiga (3) bulan berturut-turut. Walaubagaimanapun, sekiranya terdapat kelewatan yang diperakukan oleh Ketua Seksyen/ Ketua Pusat, pegawai tersebut perlu menggantikan waktu bekerja dalam bulan yang sama dengan jumlah tempoh kelewatan tersebut.

2. Pemilihan tidak akan dipertimbangkan kepada pegawai yang mengambil cuti panjang, cuti bersalin dan cuti sakit yang berpanjangan dan kerap.

3. Pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib tidak layak dipertimbangkan.

4. Pemilihan calon juga berdasarkan prestasi kerja yang baik serta sumbangan-sumbangan luar tugas rasmi seperti berikut :

i. keahlian pertubuhan kemasyarakatan/ NGO/ kelab/ persatuan/ pasukan sukarela;

ii. sumbangan inovatif/ kreatif/ bakat/ kemahiran;

iii. sukan dan permainan;

iv. penglibatan dalam aktiviti/ program; dan

v. komitmen kepada tugasan di luar waktu pejabat.

 

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PENERIMA ANUGERAH PEKERJA CEMERLANG BULANAN

BAHAGIAN REGULATORI FARMASI NEGARA (NPRA)  

 

 

 

 

 

 

National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA)

Lot 36, Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz), 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

  • Phone: +603-7883 5400

 

 

Image   Image   Image   Image  

DISCLAIMER

The Government of Malaysia and the National Pharmaceutical Regulatory Agency are not responsible for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.

Mobile Web :

Site Last Modified

  • Last Modified: Wednesday 27 March 2024, 22:44:22.
© Copyright 2023 . All Rights Reserved National Pharmaceutical Regulatory Agency NPRA

Search

Main Menu English