Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Program Perkhidmatan Farmasi (PPF), KKM sedang melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan Luaran bermula 1 Jun 2026 hingga 30 Jun 2026 (1 bulan) dengan objektif untuk mengenal pasti tahap kepuasan pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan di Program Perkhidmatan Farmasi, KKM. Di samping itu, kajian ini turut bertujuan untuk meninjau cadangan tindakan penambahbaikan yang boleh dijalankan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan pada masa hadapan.
3. Oleh itu, kerjasama daripada YBrs. Tuan / Puan amatlah dihargai dalam meluangkan masa untuk menjawab soal selidik kajian ini. Selain itu, YBrs. Tuan / Puan juga dimohon untuk memanjangkan hebahan kaji selidik ini bagi memastikan maklum balas yang diperoleh adalah lebih menyeluruh dan representatif.
Sila klik di pautan KAJI SELIDIK atau scan kod QR soal selidik seperti berikut:










