Sukacita dimaklumkan bahawa pada 25 Julai 2023, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah meluluskan permohonan variasi daripada syarikat Pharmaniaga Lifescience Sdn. Bhd., berhubung pengemaskinian tempoh jangka hayat vaksin CoronaVac Suspension for Injection COVID-19 Vaccine (Vero Cell), Inactivated (MAL21036010ARZ & MAL21046125ACSZ) seperti berikut:
Kategori |
Deskripsi Variasi Yang Diluluskan |
MaVB-59: Extension of the shelf life of drug product |
Memanjangkan tempoh jangka hayat vaksin CoronaVac daripada 24 bulan kepada 30 bulan.
|
Senarai nombor kelompok dengan tarikh luput baharu yang telah dikemaskini boleh dirujuk di alamat url berikut:
https://npra.gov.my/index.php/en/consumers/information/vaccine-covid-19-update.html
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, YBhg. Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan boleh menghubungi One-Stop-Centre di alamat This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau di talian 03-7883 5400 (sambungan: 4435/4436/4437) atau 03-7801 8445/8446/8447/8449
Kemaskini: 31 Julai 2023