NPRA Banner

               
Product Search   QUEST3+ System   Enquiries   Sitemap  

‘COSA GRANDE PLATINUM CAPSULE 350MG’ DAN ‘VITA+ ESSENCE CAPSULE’: PEMBATALAN PENDAFTARAN PRODUK TRADISIONAL ATAS SEBAB CAMPUR PALSU

User Rating: 1 / 5

Star ActiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Date : 13 December 2013

 

PEMBATALAN PENDAFTARAN DUA (2) PRODUK TRADISIONAL ATAS SEBAB CAMPUR PALSU: ‘COSA GRANDE PLATINUM CAPSULE 350MG’ DAN ‘VITA+ ESSENCE CAPSULE’

 

 

COSA AND VITA TOGETHER

 

 


Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan mengguna dua (2) produk tradisional berikut yang DIBATALKAN PENDAFTARANNYA kerana dikesan mengandungi bahan campur palsu.

 table cosa grande upload

 

PERIHAL PRODUK

Pendaftaran kedua-dua produk ini telah dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD)pada mesyuaratnya yang ke-267 bertarikh 29 Ogos 2013 berikutan pengesahan bahan dicampurpalsu di dalam produk-produk tersebut yang tidak dibenarkan dalam ubat yang dikelaskan sebagai ubat tradisi.
Produk Cosa Grande Platinum Capsule 350mg telah dikesan mengandungi avanafil, manakala produk VITAL+ESSENCE CAPSULE dikesan mengandungi nortadalafil. Pemegang pendaftaran bagi produk Cosa Grande Platinum Capsule 350mg ialah Natural Elixirs (M) Sdn Bhd, Klang. Selangor. Manakala pemegang pendaftaran bagi produk VITAL+ESSENCE CAPSULE adalah Polens (M) Sdn Bhd. Polens (M) Sdn Bhd juga merupakan pengilang berlesen dengan PBKD bagi kedua-dua produk.
Kedua-dua produk Cosa Grande Platinum Capsule 350mg dan VITAL+ESSENCE CAPSULE dipromosikan sebagai produk tradisional untuk meningkatkan stamina lelaki.
Produk Cosa Grande Platinum Capsule 350mg dipasarkan di Malaysia dalam dua (2) saiz pek blister berlainan iaitu dua (2) biji kapsul dan sepuluh (10) biji kapsul. Produk ini disyaki turut dieksport ke negara luar berdasarkan penemuan pelbagai pek pembungkusan dalam beberapa bahasa asing yang dirampas oleh pihak penguatkuasa Farmasi di fasiliti milik pengarah syarikat Natural Elixir (M) Sdn Bhd.
Produk VITAL + ESSENCE CAPSULE pula dijual dalam pek blister 10 biji kapsul melalui syarikat jualan langsung SNE Marketing Sdn Bhd.


PERIHAL BAHAN CAMPUR PALSU


Avanafil dan tadalafil (nortadalafil adalah analog kepada tadalafil) merupakan ubat dalam kelas phosphodiesterase-type-5 (PDE-5) inhibitors yang digunakan dalam rawatan disfungsi erektil dan hanya boleh dibekalkan dengan preskripsi doktor. Penggunaan avanafil dan/atau talalafil tanpa pengawasan professional kesihatan boleh menyebabkan kesan advers serius seperti pengurangan atau kehilangan penglihatan dan pendengaran, penurunan tekanan darah sehingga ke peringkat yang merbahaya, stroke dan serangan jantung. Dengan itu, adalah sangat bahaya sekiranya produk-produk ini diguna oleh orang awam yang berisiko tinggi terhadap kesan advers tersebut, terutamanya pesakit jantung dan pesakit angina yang mengambil ubat nitrate.


PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK- PRODUK INI


Sesiapa yang mempunyai stok produk ini dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaannya dengan serta merta. Penjual adalah diingatkan pemilikan untuk jualan produk-produk ini melanggar Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-peraturan Kawalah Dadah dan Kosmetik 1984.
Individual yang melakukan kesalahan di bawah peraturan peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.


PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM


Orang awam yang sedang menggunakan produk Cosa Grande Platinum Capsule 350mg dan VITAL + ESSENCE CAPSULE dinasihatkan supaya SEGERA menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari professional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.
Orang ramai boleh menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) di talian 03-78835546 atau 03-78018545 atau email kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut.
Orang awam juga boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk farmaseutikal dengan melayari laman sesawang www.bpfk.gov.my atau menghubungi BPFK di talian 03-78835400.

Datuk Dr Noor Hisham bin Abdullah


Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia

 

National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA)

Lot 36, Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz), 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

  • Phone: +603-7883 5400

 

 

DISCLAIMER

The Government of Malaysia and the National Pharmaceutical Regulatory Agency are not responsible for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.

Site Last Modified

  • Last Modified: Wednesday 13 November 2024, 12:32:37.

Search

Main Menu English