KENYATAAN AKHBAR
AMARAN KEPADA ORANG AWAM MENGENAI PENGAMBILAN PRODUK TIDAK BERDAFTAR SKYLINE AL TAQWA
PRODUK TIDAK BERDAFTAR: SKYLINE AL TAQWA SAKIT PINGGANG & LUTUT |
Diskripsi produk |
|
|
|
|
Indikasi pada label |
||
Sakit sendi tulang, sakit lutut, sakit urat, penat sakit bahu, lumpuh kaki, tangan bengkak, sakit pinggang, lenguh seluruh badan, lemah tenaga, sakit tumit dan angin sembelik, sesuai untuk lelaki dan wanita.
|
||
Ramuan pada label |
||
Morinda folium 20% Foenigraeci Semen 10% Alyx Cort 20% Cumini Fructus 15% Zingiberis Rhizome 15% Retrof Frutus 15% Alston Cort 5% Eucalph Fruct 5%
|
||
Cara makan |
||
Tidak dinyatakan
|
PRODUK TIDAK BERDAFTAR: SKYLINE AL TAQWA GAUT ASAM URAT |
Diskripsi produk |
|
|
|
|
Indikasi pada label |
||
Sakit sendi, angin dalam urat, bengkak-bengkak kaki, jari tangan & lutut, kebas tapak kaki, cepat penat, lengoh-lengoh badan, sakit pinggang, lumpuh
|
||
Ramuan pada label |
||
Carcumea Rhizoma 15% Zigiberis Phizoma 10% Carryophyllis Flos 20% Genda Rusea Folium 25% Andrographidis Folium 20%
|
||
Cara makan |
||
2 kapsul pagi dan 2 kapsul malam
|
PERIHAL PRODUK DAN KESAN ADVERS YANG DILAPORKAN
2. Sampel produk-produk tersebut telah diperolehi melalui laporan kesan advers yang diterima oleh Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, BPFK dan hasil ujian yang telah dilakukan oleh BPFK mendapati kedua-dua produk ini mengandungi dexamethasone iaitu sejenis kortikosteroid yang dikawal di bawah Akta Racun 1952. Label pada produk-produk tersebut menyatakan bahawa ia boleh digunakan untuk pelbagai masalah kesihatan seperti sakit sendi tulang, sakit urat, penat, tangan bengkak, lemah tenaga, angin dalam urat, kebas tapak kaki dan lumpuh.
3. BPFK telah menerima sebanyak empat (4) laporan kesan advers yang melibatkan produk Skyline Al Taqwa. Antaranya, salah seorang pesakit mengalami kesan advers yang serius iaitu perubahan tingkah laku dan pakar psikiatrik telah mendiagnosis pesakit mengalami simptom euforia akibat pengambilan produk yang mengandungi steroid.
4. Semakan mendapati nombor pendaftaran produk yang dicetak pada kedua-dua produk tersebut adalah palsu dan tiada produk dengan nama-nama tersebut berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).
PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL
5. Dexamethasone adalah sejenis kortikosteroid yang poten dan ia digunakan untuk rawatan masalah pembengkakan dan radang yang serius. Ia hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau diperolehi dari farmasi dengan preskripsi doktor. Dexamethasone tidak dibenarkan sebagai ramuan dalam ubat tradisional.
6. Penggunaan dexamethasone secara berpanjangan tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius yang boleh membahayakan kesihatan seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi dan glaukoma. Pesakit juga boleh mengalami sindrom cushing yang dicirikan dengan muka membulat (round face) dan bahagian atas badan membesar tetapi lengan dan kaki seolah mengecil. Kesan advers psikiatri seperti euforia, depresi dan psikosis juga didokumenkan untuk dexamethasone.
PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK INI
7. Sesiapa yang mempunyai stok produk ini dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaannya dengan serta-merta. Penjual adalah diingatkan pemilikan untuk jualan produk-produk ini melanggar Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.
PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM
8. Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk Skyline Al Taqwa adalah dinasihatkan supaya SEGERA mendapatkan nasihat dari profesional kesihatan untuk tindakan selanjutnya. Pengguna yang telah mengambil produk ini untuk jangkamasa yang lama dinasihatkan supaya tidak memberhentikan penggunaannya dengan secara mendadak kerana ini boleh menyebabkan masalah sindrom sarak (withdrawal syndrome) steroid yang serius seperti kekeliruan dan penurunan tekanan darah yang boleh membahayakan kesihatan.
9. Mereka juga diminta supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah tertipu dengan ubat-ubatan tradisional yang dijual dengan tuntutan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit terutamanya produk tradisional yang memberi kesan dengan cepat. Orang awam digesa supaya tidak membeli atau menggunakan produk tidak berdaftar dengan PBKD kerana tidak dijamin kualiti dan keselamatannya.
10. Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai produk tidak berdaftar ini dinasihatkan supaya menghubungi Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03-78413200 atau mana-mana Cawangan Penguatkuasa Farmasi yang berdekatan atau e-mel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. bagi menyalurkan maklumat agar tindakan sewajarnya dapat diambil bagi membenteras pengedaran produk ini di pasaran. Orang awam juga boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk dengan menghubungi BPFK di talian 03-78835400 atau melayari laman sesawang www.bpfk.gov.my.
Datuk Dr Noor Hisham Bin Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia