Proses pendaftaran untuk Sistem Pendaftaran Produk & Perlesenan QUEST 3+ adalah amat mudah dan tidak memerlukan khidmat bantuan daripada agen/consultant* regulatori. Rujuk 5 LANGKAH MUDAH di bawah untuk maklumat lanjut.
Jika anda tidak pasti produk anda perlu didaftarkan dengan NPRA atau tidak, mohon untuk semak pengkelasan produk anda melalui pautan ini :
a) Panduan Pengkelasan Produk Drug Registration Guidance Document (DRGD) - sila rujuk 1.3 Food - Drug Interphase (FDI) Products atau Medical Device - Drug - Cosmetic Interphase (MDDCI) Products, atau;
5 LANGKAH MUDAH untuk mendapatkan USB Token:
1. Layari Frontpage Sistem QUEST3+ di sini
2. Mohon untuk pendaftaran token dengan mengetik butang REGISTER HERE. Lengkapkan borang permohonan
3. Approval email diterima daripada Quest 3+ Membership
4. Lengkapkan langkah seterusnya di https://www.msctrustgate.com/mytrustid/enrollment?q=quest3plus
$ 5. Pembayaran telah dilakukan
Setelah 5 LANGKAH MUDAH ini dilengkapkan, USB Token boleh didapatkan dengan cara walk-in ke MSC Trustgate (sebelum 3pm) ataupun dengan penghantaran melalui kaedah POS.
(Penghantaran melalui POS boleh mengambil masa sehingga 7 hari bekerja)
Jika anda tidak menerima USB Token anda dalam masa 7 hari bekerja, sila hubungi MSC Trustgate.com Sdn. Bhd. di talian 03-8318 1800 atau e-mail ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
MSC Trustgate.com Sdn. Bhd.
Suite 2-9,Level 2, Block 4801
CBD Perdana, JalanPerdana
63000 Cyberjaya
Selangor DarulEhsan
Setelah mendapatkan token, anda boleh memulakan proses konfigurasi pada PC anda dengan membaca user manual di sini
Berikut adalah 3 pautan penting yang penting yang boleh membantu anda untuk proses pendaftaran produk :
1. Panduan Pengguna ( User Manual )
2. FAQ
3. Drug Registration Guideline / Cosmetic Registration Guideline
Jika ada sebarang pertanyaan dan memerlukan bantuan berkenaan proses pendaftaran produk, anda boleh menghantar pertanyaan di :
1. Borang Bantuan Helpdesk NPRA
2. ATAU hubungi Helpdesk di 03-7883 5560/5561/5562
*NPRA tidak pernah melantik atau mewakilkan mana-mana pihak ketiga (agen, consultant, dll) untuk melakukan kerja-kerja regulatori bagi pihak pemohon. NPRA tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kenyataan dan aktiviti yang dijalankan oleh pihak ketiga. NPRA juga tidak akan menanggung sebarang kerugian yang mungkin berlaku daripada transaksi-transaksi ini.