Banner NPRA

               
Product Search   QUEST3+ System   Enquiries   Sitemap  

Kenyataan Akhbar KPK 5 April 2019 – Panggil Balik ke atas Produk Tradisional Mengandungi Paras Logam Berat yang Tinggi

Kadar pengguna: 3 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifBintang tidak aktifBintang tidak aktif
 

 

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan arahan panggil balik ke atas produk  berdaftar Kin Foong San (Medicinal Powder) 4gm (MAL19972851T) bernombor kelompok VG05035. Ini berikutan analisa ke atas sampel produk dari pasaran mendapati ianya mengandungi paras logam berat merkuri dan kadmium melebihi tahap yang dibenarkan.

Susulan itu, pihak syarikat telah memutuskan untuk memanggil balik secara sukarela kesemua kelompok lain produk tersebut dari pasaran untuk penyiasatan lanjut. Kelompok-kelompok lain yang terlibat ialah VG05036, VG05037, VG05038, VG05039, VG05040 dan VG05041.

Nama Produk (No Pendaftaran) Nombor Kelompok Dipanggil Balik Pemegang Pendaftaran/ Pengilang

Kin Foong San (MedicinalPowder) 4gm

(MAL19972851T)

VG05035

VG05036

VG05037

VG05038

VG05039

VG05040

VG05041

Vita Green Health Products

 

Produk Kin Foong San (Medicinal Powder) 4gm digunakan secara tradisional untuk bayi dan kanak-kanak antara lain bagi melegakan demam, batuk, sakit gigi dan sakit perut.

Pencemaran produk dengan kandungan merkuri dalam kuantiti berlebihan boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang, gangguan pada sistem saraf dan perkembangan otak. Manakala, produk yang tercemar dengan kandungan kadmium yang tinggi boleh memudaratkan terutamanya kepada buah pinggang dan tulang.

Pengguna diminta supaya berhenti serta-merta daripada menggunakan produk Kin Foong San (Medicinal Powder) 4gm dengan nombor-nombor kelompok terlibat dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

Pengguna juga dinasihatkan untuk memulangkan produk terlibat kepada penjual dan boleh menghubungi pihak syarikat di talian 03-6192 1888 atau email kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk pertanyaan.

Orang awam digalakkan untuk menyemak status pendaftaran sesuatu produk melalui laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.

 

Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

5 April 2019

 

National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA)

Lot 36, Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz), 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

  • Phone: +603-7883 5400

 

 

DISCLAIMER

The Government of Malaysia and the National Pharmaceutical Regulatory Agency are not responsible for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.

Site Last Modified

  • Last Modified: Isnin 09 Disember 2024, 11:07:51.
© Copyright 2018 . All Rights Reserved National Pharmaceutical Regulatory Agency NPRA

Search

Menu Utama