Prosedur Tuntutan Bayaran Balik Melibatkan Pembayaran Atas Talian Sistem Quest3+ Di Bahagian Regulatori Farmasi Negara Malaysia

Cetak

Kadar pengguna: 5 / 5

bintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktifbintang aktif
 

 

1. Berikut adalah dokumen-dokumen yang diperlukan daripada pihak syarikat yang menuntut:

   1.1 Surat rasmi permohonan tuntutan bayaran balik (menggunakan kepala surat  syarikat) syarikat yang menuntut daripada NPRA dengan butiran berikut:

      1. Tarikh dan Masa Pembayaran dibuat
      2. Jumlah (RM) yang hendak dituntut
      3. Nama dan Nombor Akaun Bank Syarikat yang menuntut
      4. Nombor Payment Voucer (PV) bagi bayaran yang dituntut
      5. Perihal Produk / Proses Yang Berkenaan
      6. Pegawai Yang Boleh Dihubungi (Person in Charge) berserta Emel dan Nombor Telefon

   1.2 Resit Asal (dua resit asal jika pembayaran berganda)

   1.3 Akuan sumpah oleh Pesuruhjaya Sumpah bagi resit yang dituntut

   1.4 Baucer Pembayaran (Payment Voucher eg: 18xxxxxx), dua Baucer Pembayaran jika pembayaran berganda

   1.5 Salinan Penyata Kewangan Bank Syarikat (Hanya Akaun Syarikat sahaja yang akan diterima)

 

2. Dokumen yang lengkap perlu dihantar ke NPRA sama ada melalui serahan tangan di Kaunter Hasil NPRA atau melalui perkhidmatan pos ke alamat berikut:

 

Pusat Pentadbiran

Bahagian Regulatori Farmasi Negara

Lot 36, Jalan Universiti (Jalan Profesor Diraja Ungku Aziz),

46200 PETALING JAYA,

SELANGOR, MALAYSIA.

(u.p: Seksyen Kewangan, Akaun dan Hasil)

 

Jika ada pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Unit Hasil NPRA di talian 03-7801 8406 / 8412 / 8413 atau boleh dicapai melalui emel di alamat Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.