Pengumuman Mengenai Penguatkuasaan Yuran Pemprosesan Permohonan Variasi Produk Pada 1 April 2017

Print

User Rating: 2 / 5

Star ActiveStar ActiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Sila maklum bahawa Yuran Pemprosesan Permohonan Variasi Produk akan mula dikenakan pada 1 April 2017.

Sila rujuk pekeliling dengan nombor rujukan (40)dlm.BPFK/PPP/01/03Jld.3 bertarikh 31 Disember 2015 yang menyatakan pelaksanaan yuran bagi pemprosesan Permohonan Variasi Produk adalah pada 1 Julai 2016. Walaubagaimanapun, pelaksanaan yuran ini pada 1 Julai 2016 yang lepas terpaksa ditangguhkan buat sementara berikutan moratorium QUEST yang dilanjutkan sehingga Quest 3+ dilancarkan. Oleh itu, selaras dengan kesediaan sistem Quest 3+ terhadap perkhidmatan ini, maka Yuran Pemprosesan Permohonan Variasi Produk akan mula dikenakan pada 1 April 2017.