Makluman Pengemaskinian Tempoh Jangka Hayat Vaksin COVID-19 iaitu Comirnaty Kepada 24 Bulan

Print

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Sukacita dimaklumkan bahawa pada 28 Julai 2023, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah meluluskan permohonan variasi daripada syarikat Pfizer Malaysia Sdn. Bhd, berhubung pengemaskinian tempoh jangka hayat vaksin COMIRNATY 10 mcg Concentrate for Dispersion for Injection (MAL22016037AZ) & COMIRNATY Concentrate for Dispersion for Injection (MAL21036039ASZ) seperti berikut:

 

Kategori

Deskripsi Variasi Yang Diluluskan

MaVB-59: Extension of the shelf life of drug product

Memanjangkan tempoh jangka hayat vaksin Comirnaty kepada 24 bulan.

 

 

Senarai nombor kelompok dengan tarikh luput baharu yang telah dikemaskini boleh dirujuk di alamat url berikut:

https://npra.gov.my/index.php/en/consumers/information/vaccine-covid-19-update.html

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, YBhg. Datuk/ Dato’/ Tuan/ Puan boleh menghubungi One-Stop-Centre di alamat This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau di talian 03-7883 5400 (sambungan: 4435/4436/4437) atau 03-7801 8445/8446/8447/8449

 

Kemaskini: 1 Ogos 2023