Kenyataan Akhbar KPK 29 Mac 2019 -Produk Losartan yang ditarik Balik di Singapura Serta Situasi di Pasaran Malaysia

Print

User Rating: 2 / 5

Star ActiveStar ActiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

 

Kenyataan akhbar ini dikeluarkan berikutan notis panggil balik oleh Health Sciences Authority (HSA), Singapura ke atas tiga (3) produk yang mengandungi losartan daripada sumber bahan aktif Hetero Labs Limited, India kerana kehadiran impuriti N-nitroso-N-methyl-4-aminobutyric acid (NMBA). Impuriti ini berkemungkinan boleh menyebabkan kanser kepada pengguna dalam jangka masa panjang. Tablet losartan adalah merupakan ubat yang digunakan dalam rawatan tekanan darah tinggi.



Situasi dan Status di Malaysia
Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah menggantung pendaftaran bagi 7 produk dengan bahan aktif losartan seperti dalam Jadual 1 bermula 7 Mac 2019. Syarikat yang terlibat juga telah diarahkan untuk memanggil balik produk-produk tersebut. Sehubungan itu, pada masa ini, produk-produk tersebut telahpun dikeluarkan daripada pasaran Malaysia.



Nasihat Kepada Pengguna
KKM ingin menyeru orang awam agar menggunakan produk kesihatan yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). Semakan status pendaftaran sesuatu produk kesihatan boleh dibuat melalui laman sesawang Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di http://www.npra.gov.my atau melalui aplikasi NPRA Product Status yang boleh dimuat turun di Google Play.
DATUK DR NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
29 MAC 2019