Kenyataan Akhbar KPK 5 Januari 2017 – Panggil Balik Produk Ternolol 50 Film-Coated Tablet (MAL19940057AZ) di Malaysia

Print

User Rating: 3 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar InactiveStar Inactive
 

Kenyataan ini dikeluarkan untuk menasihati pesakit-pesakit hipertensi yang menerima  produk Ternolol 50 Film-Coated Tablet keluaran syarikat Hovid Berhad untuk menyemak samada terdapat kelompok BG04645 dalam simpanan mereka. Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah mengeluarkan arahan kepada Hovid Berhad untuk memanggilbalik kelompok berkenaan berikutan kotak luar kelompok tersebut dilabel dengan Ternolol 50 manakala label pada blister telah dicetak dengan Ternolol Tab 100mg.

Produk ini telah didaftarkan oleh Pihak Bekuasa Kawalan Dadah (PBKD) dengan nombor pendaftaran MAL19940057AZ. Ternolol 50 Film-Coated Tablet mengandungi bahan aktif atenolol yang dipreskrib untuk rawatan hipertensi.

Sekiranya kelompok tersebut ada dalam simpanan pesakit, kerjasama dipohon agar tidak mengambil ubat tersebut dan memulangkannya dengan kadar segera ke klinik, farmasi komuniti atau fasiliti kesihatan di mana ianya dibekalkan. Sila berjumpa dengan pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat/ pemeriksaan sekiranya perlu.

NPRA dan pihak pengilang sedang menjalankan siasatan menyeluruh ke atas perkara ini bagi mengenalpasti punca masalah ianya berlaku. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi NPRA di talian 03-78835538 atau Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) di talian 1800 88 6722.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN

5 Januari 2017