JINGZHI YINQIAO JIEDU TABLET 260 MG : PEMBATALAN PENDAFTARAN PRODUK TRADISIONAL ATAS SEBAB CAMPUR PALSU

Print

User Rating: 2 / 5

Star ActiveStar ActiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Date : 21 March 2014

 

KENYATAAN AKHBAR
PEMBATALAN PENDAFTARAN PRODUK TRADISIONAL:
JINGZHI YINQIAO JIEDU TABLET 260 MG ATAS SEBAB CAMPUR PALSU

 

1.     Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan mengguna produk tradisional berikut yang DIBATALKAN PENDAFTARANNYA kerana dikesan mengandungi bahan campur palsu.

 

Bil. Nama Produk (No. Pendaftaran) Bahan Campur Palsu Yang Dikesan Pemegang Pendaftaran Produk Pengilang
1.

Jingzhi Yinqiao Jiedu Tablet 260 mg (MAL06071213T)

jeidu1

 

 

jeidu2

 

jeidu3

Paracetamol

Bumari Sdn. Bhd., Pulau Pinang    Guang Dong Medi- health Pharma ceutical Co. Ltd., China.

 

PERIHAL PRODUK

2. Pendaftaran produk ini telah dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada mesyuaratnya yang ke-272 bertarikh 23 Januari 2014 berikutan pengesanan bahan campur palsu di dalam produk tersebut yang tidak dibenarkan dalam ubat yang dikelaskan sebagai ubat tradisional.

3. Produk Jingzhi Yinqiao Jiedu Tablet 260 mg telah dikesan mengandungi paracetamol. Pemegang pendaftaran bagi produk tradisional ini ialah Bumari Sdn. Bhd., Pulau Pinang manakala Guang Dong Medihealth Pharmaceutical Co. Ltd., China merupakan pengilang berlesen dengan PBKD bagi produk ini.

4. Produk Jingzhi Yinqiao Jiedu Tablet 260 mg didaftarkan sebagai produk tradisional untuk kegunaan melegakan demam, sakit kepala, sakit tekak, batuk dan selesema. Ia dipasarkan di Malaysia dalam empat (4) saiz pek berlainan iaitu dijual dalam bentuk blister yang mengandungi 24 tablet atau dalam pek botol plastik mengandungi 60, 120 dan 1000 tablet.


PERIHAL BAHAN CAMPUR PALSU

5. Paracetamol adalah sejenis ubat yang digunakan untuk melegakan kesakitan ringan hingga sederhana dan mengurangkan demam. Pengambilan paracetamol secara berterusan tanpa pengawasan profesional kesihatan atau secara berlebihan boleh menyebabkan toksisiti pada hati. Tanda-tanda toksisiti hati adalah seperti loya, muntah yang kerap, mata dan kulit kekuningan, urin berwarna gelap, sakit perut/abdomen dan kepenatan melampau. Reaksi alahan sepeti ruam, gatal, pening, sukar bernafas dan bengkak pada muka, bibir, lidah atau tekak juga boleh terjadi kepada seseorang yang sensitif terhadap paracetamol.


PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK-PRODUK INI

6. Sesiapa yang mempunyai stok produk ini dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaannya dengan serta-merta. Penjual adalah diingatkan pemilikan untuk jualan produk ini melanggar Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

7. Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.


PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM

8. Orang awam yang sedang menggunakan produk Jingzhi Yinqiao Jiedu Tablet 260 mg dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari professional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

9. Orang ramai boleh menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) di talian 03-78835546 atau 03-78018545 atau email kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut.

10. Orang awam juga boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk farmaseutikal dengan melayari laman sesawang www.bpfk.gov.my atau menghubungi BPFK di talian 03-78835400.



DATUK DR NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Merangkap Pengerusi PBKD
Kementerian Kesihatan Malaysia