MAJUN BURUNG UNTA: AMARAN KEPADA ORANG AWAM MENGENAI PENGAMBILAN PRODUK TIDAK BERDAFTAR

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Date: 14 July 2014

 

KENYATAAN AKHBAR

AMARAN KEPADA ORANG AWAM MENGENAI PENGAMBILAN PRODUK TIDAK BERDAFTAR

PRODUK TIDAK BERDAFTAR:

MAJUN BURUNG UNTA

 

Diskripsi produk

 

  makjun   

 duit     

 

                             

 

Produk tradisional dalam bentuk pil hitam

 

Indikasi pada label

 

Lemah tenaga batin, sakit urat saraf, sakit pinggang, sakit sendi lutut, sakit jantung, penyakit semput, kelabu mata, sakit kepala, perempuan lepas bersalin, penyakit luhur, sengugut dan istimewa bagi perempuan (awet muda)

 

Ramuan pada label

 

Tidak dinyatakan 

Cara makan

 

2 biji pagi, 2 biji malam

 

 

 

1. Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) ingin mengingatkan dan menasihatkan orang awam agar tidak membeli atau menggunakan produk tidak berdaftar yang dijual sebagai ubat tradisional melayu dan yang dilabel dengan nama MAJUN BURUNG UNTA.

PERIHAL PRODUK DAN KESAN ADVERS YANG DILAPORKAN

2. Sampel produk tersebut telah diperolehi melalui laporan kesan advers yang diterima oleh Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, BPFK dan hasil ujian yang telah dilakukan oleh BPFK mendapati produk ini mengandungi dexamethasone iaitu sejenis kortikosteroid yang dikawal di bawah Akta Racun 1952. Label pada produk tersebut menyatakan bahawa produk tersebut digunakan untuk lemah tenaga batin, sakit urat saraf, sakit pinggang, sakit sendi lutut, sakit jantung, penyakit semput, kelabu mata, sakit kepala, perempuan lepas bersalin, penyakit luhur, sengugut dan istimewa bagi perempuan (awet muda)

3. BPFK telah menerima sebanyak empat (4) laporan kesan advers yang melibatkan produk Majun/ Maajun Burung Unta. Kesan-kesan advers yang dilaporkan ialah peningkatan berat badan, peningkatan paras gula dalam darah dan sindrom cushing.

PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL

4. Dexamethasone adalah sejenis kortikosteroid yang poten dan ia digunakan untuk rawatan masalah pembengkakan dan radang yang serius. Ia hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau diperolehi dari farmasi dengan preskripsi doktor. Dexamethasone tidak dibenarkan sebagai ramuan dalam ubat tradisional.

5. Penggunaan dexamethasone secara berpanjangan tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius yang boleh membahayakan kesihatan seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi dan glaukoma. Pesakit juga boleh mengalami sindrom cushing yang dicirikan dengan muka membulat (round face) dan bahagian atas badan membesar tetapi lengan dan kaki seolah mengecil.

PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK INI

6. Sesiapa yang mempunyai stok produk ini dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaannya dengan serta-merta. Penjual adalah diingatkan pemilikan untuk jualan produk-produk ini melanggar Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM

7. Orang awam yang sedang menggunakan produk Majun Burung Unta adalah dinasihatkan supaya SEGERA mendapatkan nasihat serta rawatan dari profesional kesihatan. Mereka juga diminta supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah tertipu dengan ubat-ubatan tradisional yang dijual dengan tuntutan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit.

8. Pesakit yang mengidap penyakit kronik seperti diabetes (kencing manis) adalah berisiko tinggi dan dinasihatkan supaya tidak menggunakan produk tidak berdaftar seperti ini yang berkemungkinan dicampurpalsu dengan bahan terlarang kortikosteroid kerana ia boleh menyebabkan paras gula dalam darah tidak terkawal dan seterusnya mengakibatkan komplikasi yang serius.

9. Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai produk tidak berdaftar ini dinasihatkan supaya dapat menghubungi Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03-78413200 atau mana-mana Cawangan Penguatkuasa Farmasi yang berdekatan atau e-mel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. bagi menyalurkan maklumat agar tindakan sewajarnya dapat diambil bagi membenteras pengedaran produk ini di pasaran.

10. Orang awam juga boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk dengan menghubungi BPFK di talian 03-78835400 atau melayari laman sesawang www.bpfk.gov.my.

 

Dato’ Eisah Abdul Rahman

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi

Kementerian Kesihatan Malaysia

National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA)
Lot 36, Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
  • Email: npra@npra.gov.my
  • Phone: +603-7883 5400
  • Fax: +603-7956 2924, +603-7956 7075

DISCLAIMER

The Government of Malaysia and the National Pharmaceutical Regulatory Agency are not responsible for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.

Mobile Web :

© Copyright 2018 . All Rights Reserved National Pharmaceutical Regulatory Agency NPRA