Kenyataan Akhbar Produk-Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

User Rating: 0 / 5

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

 

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

PRODUK-PRODUK KOSMETIK YANG DIKESAN MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL

1.           Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:

 

Bil.

Nama Produk

Nombor Notifikasi

Racun Berjadual Yang Dikesan

Nama Pemegang

Notifikasi

1.

Deeja Cosmetic Star Cream

NOT171004771K

Hydroquinone & Tretinoin

Limajari Marketing

2.

Deeja Cosmetic Vogue Cream

NOT171004770K

Merkuri

Limajari Marketing

3.

Deeja Krim Nano (Night)

NOT151004238K

Merkuri

Onew Cosmetics

4.

Miracle White - Brightening Cream

NOT170305484K

Merkuri

Miracle Surplus Sdn. Bhd.

5.

Deluxe Beauty - Ultra Lightening Cream

NOT171100053K

Merkuri

Luna Group Sdn. Bhd.

2.         Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual di dalam produk berkenaan.

PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL DAN KESANNYA PADA KESIHATAN

3.         Produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoinadalah merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

4.         Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit, merawat masalah jeragat dan kulit tidak sekata.Penggunaan hydroquinonetanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkankemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif. Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

5.         Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan. Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

6.         Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan merkuri lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit dan rawatan anti penuaan seperti masalah jeragat, kulit tidak sekata dan kedutan dan boleh memudaratkan kesihatan. Merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.

7.         Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutamanya kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu. Bayi dan kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut dan kemudiannya memasukkan jari-jari mereka ke dalam mulut. Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.

PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI

8.         Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta. Penjual adalah diingatkan bahawa penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

9.         Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM

10.       Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

11.       Sebarang pertanyaan berkaitan produk kosmetik boleh diemel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.. Pengguna dan orang ramai adalah dinasihatkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA http://npra.moh.gov.my/

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan

Kementerian Kesihatan Malaysia

  

 

 

 

 

PRESS STATEMENT

DIRECTOR GENERAL OF HEALTH

COSMETIC PRODUCTS FOUND TO CONTAIN SCHEDULED POISON

1.         The National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA), Ministry of Health Malaysia (MOH) would like to urge the public to refrain from buying and using the following cosmetic products which had been found to contain scheduled poison as below:

No.

Product Name

Notification Number

Scheduled Poison Detected

 

Name of Notification Holder

1.

Deeja Cosmetic Star Cream

NOT171004771K

Hydroquinone & Tretinoin

Limajari Marketing

2.

Deeja Cosmetic Vogue Cream

NOT171004770K

Mercury

Limajari Marketing

3.

Deeja Krim Nano (Night)

NOT151004238K

Mercury

Onew Cosmetics

4.

Miracle White - Brightening Cream

NOT170305484K

Mercury

Miracle Surplus Sdn. Bhd.

5.

Deluxe Beauty - Ultra Lightening Cream

NOT171100053K

Mercury

Luna Group Sdn. Bhd.

 

2.         Notification of these cosmetic products have been cancelled by the Senior Director of Pharmaceutical Services, MOH following the detection of scheduled poison.

DESCRIPTION ABOUT SCHEDULED POISON AND ITS IMPACT ON HEALTH

3.         Products containing hydroquinone and tretinoin are classified as pharmaceutical products that requires registration with the Drug Control Authority (DCA) and can only be used under the advice of healthcare professionals.

4.         Cosmetic products adulterated with hydroquinone are typically marketed for skin lightening, as well as, to treat blemishes and uneven skin tone. Preparations containing hydroquinone should only be used under the supervision of healthcare profesionals. The unsupervised usage of hydroquinone can cause skin redness, discomfort, skin discolouration and hypersensitivity. Hydroquinone inhibits the pigmentation process (depigmentation) which reduces the skin’s ability to be protected from harmful UV rays, thus, increasing the risk of skin cancer.

5.         Cosmetic products adulterated with tretinoin are commonly promoted for use in acne and to reduce wrinkles. Preparations containing tretinoin should only be used under the supervision of healthcare profesionals. The unsupervised usage of tretinoin can cause redness to the skin, discomfort, stinging, peeling and sensitivity to sunlight.

6.         Cosmetic products adulterated with mercury can cause harm to human health and they are commonly marketed for skin lightening and anti ageing treatments such as for freckles, blemishes and wrinkles. Exposure to mercury can cause damage to the kidneys and the nervous system. It may also interfere with the development of the brain in unborn children and very young children.

7.         Furthermore, exposure to mercury is not only limited to the person using the skin cream containing mercury but also to others especially children as mercury can get into their bodies from breathing in the mercury vapours. Infants and children can ingest mercury when they touch the cosmetic products containing mercury or their parents who have used these products. Using products containing mercury can also cause skin rashes, irritation and other changes to the skin.

WARNING TO VENDORS AND DISTRIBUTORS OF THESE COSMETIC PRODUCTS

8.         All sellers and distributors are warned to stop sales and distribution of these products immediately. All sellers are reminded that selling or distributing these cosmetic products is an offence under the Control Of Drugs and Cosmetics Regulations 1984.

9.         Any individual who commits an offence under these Regulations can be fined up to a maximum of RM25,000 or to imprisonment for a term not exceeding 3 years or both, and for a second or subsequent offence, shall be liable on conviction to a fine not exceeding RM50,000 or imprisonment for a term not exceeding 5 years or both. A company found guilty can be fined up to RM50,000 for the first offence and fined up to a maximum of RM100,000 for subsequent offences.

ADVISORY TO PUBLIC

10.       Consumers are advised to stop using these products and seek further advice from healthcare professionals, if experiencing any unpleasant effects or adverse events.   

11.       Enquiries on cosmetic products can be emailed to This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.. Consumers and public may check the notification status of a cosmetic product via NPRA’s official website at http://npra.moh.gov.my/

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

Director General Of Health

Ministry of Health Malaysia.

 

LAMPIRAN A / APPENDIX A

1) Nama Produk/ Product Name: Deeja Cosmetic Vogue Cream (NOT171004770K)

 

2) Nama Produk/ Product Name: Deeja Krim Nano (Night) (NOT151004238K)

 

3) Nama Produk/ Product Name: Deeja Cosmetic Star Cream (NOT171004771K)

 

4) Nama Produk/ Product Name: Miracle White - Brightening Cream (NOT170305484K)

 

5) Nama Produk/ Product Name: Deluxe Beauty - Ultra Lightening Cream (NOT171100053K)

 

 

 

Senarai Penuh Produk Kosmetik Yang Dibatalkan Notifikasi Atas Isu Campurpalsu

National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA)
Lot 36, Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
  • Email: npra@npra.gov.my
  • Phone: +603-7883 5400
  • Fax: +603-7956 2924, +603-7956 7075

DISCLAIMER

The Government of Malaysia and the National Pharmaceutical Regulatory Agency are not responsible for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this website.

Mobile Web :

Newsletter Subsription

Site Last Modified

  • Last Modified: Thursday 15 November 2018, 11:15:21.
© Copyright 2018 . All Rights Reserved National Pharmaceutical Regulatory Agency NPRA