Surat Peringatan Pendaftaran Semula Produk

Print

User Rating: 1 / 5

Star ActiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

 

Seperti yang Tuan/Puan sedia maklum, permohonan pendaftaran semula produk perlu dikemukakan dalam tempoh 6 bulan sebelum tamat tempoh pendaftaran.

 

Pada kebiasaannya, surat peringatan akan dikeluarkan kepada pemegang pendaftaran produk bagi produk yang akan tamat tempoh pendaftaran dalam tempoh 3 bulan.

 

Walau bagaimanapun, bermula 1 JANUARI 2018, surat peringatan untuk produk yang akan tamat tempoh pendaftaran dalam tempoh 3 bulan TIDAK AKAN DIKELUARKAN.

 

Tuan/Puan adalah dinasihatkan agar sentiasa membuat semakan pada sistem QUEST 3+ dengan melihat di bahagian yang memaparkan produk yang akan tamat tempoh pendaftaran dalam tempoh 6 bulan. 

 

Adalah menjadi tanggungjawab pemegang pendaftaran produk untuk memastikan permohonan pendaftaran semula dikemukakan sebelum tamat tempoh pendaftaran.

 

Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan sekiranya permohonan pendaftaran semula dikemukakan selepas tamat tempoh pendaftaran produk.