Pemakluman Berkenaan Parking Pelawat

Print

User Rating: 4 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Inactive
 

Kepada Semua Pelawat NPRA,


Untuk makluman tuan / puan, bilangan parking di kawasan NPRA adalah sangat terhad. Sehubungan itu, keutamaan parking pelawat adalah diberikan kepada warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan wanita hamil.


Oleh yang demikian, pelawat-pelawat yang ingin datang berurusan dengan pihak NPRA / BPF dinasihatkan untuk meletakkan kenderaan mereka di kawasan berhampiran (seperti Jaya One dsb) bagi mengelakkan kesulitan parking. Memo berhubung perkara ini telah dipaparkan di papan kenyataan Pondok Pengawal NPRA untuk rujukan semua pengguna / pelawat. Kerjasama dan keperihatinan daripada pihak tuan / puan berkaitan perkara ini amatlah diharapkan dan dihargai.


Sekian, terima kasih