Product Cancellation

Print
Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

 

       
   

 

 

 

 

PEMBATALAN PENDAFTARAN PRODUK SEMULAJADI (TRADISIONAL) ATAS ISU CAMPURPALSU

Para pengguna dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk semulajadi (tradisional) seperti tersenarai di bawah. Produk-produk tersebut didapati mengandungi bahan kimia, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk semulajadi (tradisional).

Penggunaan produk semulajadi (tradisional) yang dicampurpalsu dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan advers serius. Produk seperti tersenarai di bawah tidak lagi dibenarkan diimport/ dikilang/ diedar/ dijual di negara ini dan Pihak Berkuasa telah mengarahkan supaya semua stok produk berkenaan di keluarkan dari pasaran.

 

 

 

PEMBATALAN NOTIFIKASI PRODUK KOSMETIK ATAS ISU CAMPURPALSU

Para pengguna dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik seperti tersenarai di bawah. Produk-produk tersebut telah didapati mengandungi bahan terlarang, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik.

Penggunaan produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan bahan kimia seperti yang telah dikesan boleh menyebabkan kesan advers serius. Produk seperti tersenarai di bawah tidak lagi dibenarkan diimport/ dikilang/ diedar/ dijual di negara ini dan Pihak Berkuasa telah mengarahkan supaya semua stok produk berkenaan di keluarkan dari pasaran